Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ialah satu ujian kecergasan fizikal yang
dijalankan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal dan kesihatan bagi seseorang
murid itu. Kesihatan bermaksud satu tahap di mana seseorang itu tidak mempunyai
apa-apa penyakit dan sihat dari segi fizikal dan mental. Kecergasan diri pula
bermaksud keadaan di mana seseorang individu dapat melakukan tugas dan kerja
fizikal tanpa berasa letih dan sentiasa bertenaga.
Ujian
pre dan post untuk SEGAK telah dijalankan iaitu pada 2 Julai 2019 dan 10
September 2019. Pada ujian pre, catatan BMI saya bernilai 19.19 di mana berat
badan saya ialah 48.2 kg manakala tinggi saya ialah 158.5 cm. Bagi ujian post
pula, ukuran BMI saya menurun kepada 19.15 dengan berat badan saya sebanyak
48.1 kg dan tinggi 158.5 cm. Dalam kedua-dua ujian, ukuran BMI saya berada pada
tahap yang normal. Hal ini kerana saya menjaga komposisi badan saya dengan
mengawal pemakanan saya iaitu dengan memakan lemak yang kurang untuk
mengurangkan peratusan lemak dalam tubuh badan.
Denyutan
nadi bagi ujian naik turun bangku juga mengalami penurunan iaitu 142 pada ujian
pre dan 139 pada ujian post. Penurunan ini berlaku disebabkan oleh daya tahan
kardiovaskular saya yang tinggi yang menyebabkan saya sukar untuk penat dan
letih. Penghantaran darah yang kaya dengan oksigen menyebabkan saya boleh
menjalankan ujian naik turun bangku ini dalam jangka masa yang panjang.
Seterusnya,
ujian tekan tubi yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa perubahan di mana
dalam ujian pre dan post saya melakukan tekan tubi sebanyak 26 kali. Ini
berlaku kerana saya kurang melakukan aktiviti fizikal yang berkaitan dengan
daya tahan otot. Oleh itu, saya cepat berasa letih apabila melakukan tekan tubi
secara berulang-ulang kali dan berasa sakit pada bahagian otot pectoralis
major.
Bagi
ujian ringkuk tubi separa pula, saya mendapat markah penuh dalam kedua-dua ujian
pre dan post iaitu sebanyak 25 kali. Ini menunjukkan bahawa daya tahan otot
terutamanya biceps dan trapezius mampu untuk menghadapi rintangan secara
berterusan tanpa rasa penat.
Ujian
yang terakhir bagi SEGAK ialah jangkauan melunjur. Dalam ujian ini, berlaku
peningkatan di mana pada ujian pre saya sebanyak 36 cm manakala 41.5 dalam
ujian post. Hal ini disebabkan pelaksanaan aktiviti regangan yang konsisten
yang membina fleksibiliti. Kecederaan juga dapat dikurangkan apabila banyak
melakukan aktiviti regangan.
Semasa
pelaksanaan ujian bleep pre, saya mencatatkan tahap 3 ulangan 3 manakala bagi
ujian post, saya berjaya mencatatkan peningkatan iaitu pada tahap 4 ulangan 1.
Peningkatan ini adalah disebabkan oleh kekerapan dalam melakukan aktiviti yang
berkaitan daya tahan otot. Ini menyebabkan saya dapat melakukan ujian Bleep
dengan lebih baik dari semasa ke semasa dan akhirnya meningkatkan tahap saya.
Kesimpulannya,
aktiviti fizikal memberi banyak memberi faedah kerana dapat memberi kesan
kepada fisiologi serta meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri kita. Hal ini
untuk mengurangkan kecederaan serta menguatkan otot-otot kita.
RUJUKAN
Malaysia,
K. P. (2016). Retrieved from https://www.moe.gov.my/pekeliling/ikhtisas/2016-7/1941-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-2-tahun-2016-standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan-untuk-murid-sekolah-malaysia-segak/file
Presley Marcel.
(2014). Slide Share. Retrieved from https://www.slideshare.net/PresleyMarcel/sains-sukan-stpm-kecergasan-fizikal
Sarkuna Devi,
Normah Binti Nordin, & Thillainathan a/l Krishnan. (2012, April 26).
Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/pengenalan-kecergasan/

No comments:
Post a Comment